Cabaran Antarabangsa Vietnam: Hanya 7 Perseorangan Lelaki Negara Ke Pusingan 32
March 22, 2023 Hafizuddin Omar

Peringkat Pusingan 32 di saingan Cabaran Antarabangsa Vietnam 2023 menyaksikan wakil negara dalam kategori perseorangan lelaki hanya berbaki tujuh orang pemain sahaja daripada 15 penyertaan secara keseluruhan.

Antara pemain yang mengesahkan diri ke peringkat terbabit ialah Justin Hoh, Lee Shun Yang, Lim Chong King, Jacky Kok Jing Hong, Shahyar Shaqeem, Tan Jia Jie dan Hooi Shao Herng setelah melakar kemenangan di Pusingan 64 menentang lawan masing-masing, dalam perlawanan berlangsung semalam dan hari ini.

Pada pusingan 32, ketujuh-tujuh pemain ini akan berhadapan dengan lawan berikut:

  • Tan Jia Jie vs Heo Kwang Hee (Korea, ranking ke-39)
  • Lim Chong King vs Jeon Hyeok Jin (Korea, ranking ke-50)
  • Jacky Kok Jing Hong vs Chirag Sen (India, ranking ke-104)
  • Lee Shun Yang vs Bobby Setiabudi (Indonesia, ranking ke-140)
  • Hooi Shao Herng vs Liu Wei Chi (Taiwan, ranking ke-187)
  • Shahyar Shaqeem vs Kuo Kuan Lin (Taiwan, ranking ke-206)
  • Justin Hoh vs Lin Yu Hsien (Taiwan, ranking ke-244)

Sebelum itu, seramai 13 pemain negara berhasil melayakkan diri dari pusingan kelayakan atau bermula di peringkat Pusingan 64. Antara yang terkandas di pusingan ini ialah Ong Zhen Yi, Ong Ken Yon, Aidil Sholeh, Yeoh Seng Zoe, Chia Jeng Hon dan Eveshgaran Vasigaran.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen