Dua perseorangan wanita negara yang menyertai saingan Terbuka Swiss 2023 menerima nasib yang berbeza selepas beraksi di Pusingan 32, awal pagi tadi waktu Malaysia.
Pemain wanita No.1 tanah air, Goh Jin Wei menempah tiket ke peringkat seterusnya iaitu Pusingan 16 apabila berhasil melakukan kejutan ke atas pemain No.20 dunia dari Denmark, Line Højmark Kjærsfeldt.
Jin Wei berhasil melakar kemenangan ke atas pemain ini menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-21, 21-17 dan 21-13 dalam tempoh 46 minit permainan.
Menantinya di Pusingan 16 adalah pemain No.11 dunia dari Thailand, Pornpawee Chochuwong merangkap pilihan keenama kejohanan.
Sementara itu, berbeza pula kisah yang dialami oleh seorang lagi wakil negara, Kisona Selvaduray yang turut beraksi dalam kategori ini.
Selepas berhasil melepasi saingan peringkat kelayakan, Kisona terpaksa akur kandas di Pusingan 32 apabila tumpas kepada pemain No.22 dunia dari Scotland, Kirsty Gilmour.
Dalam pertarungan itu, Kisona tewas secara ”straight set” dengan skor 9-21 dan 16-21 dalam tempoh permainan sekitar setengah jam.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia