Yew Sin-Ee Yi Dan Bagas-Fikri Ulangi Pertembungan Di All England
March 24, 2023 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan berentap sekali lagi dengan pasangan No.4 Indonesia, Bagas Maulana dan Muhammad Shohibul Fikri di pentas antarabangsa.

Kedua-dua pasangan ini akan bertemu di peringkat suku akhir Terbuka Swiss selepas berhasil menumpaskan lawan masing-masing di Pusingan 16, semalam.

Terlebih dahulu, Yew Sin-Ee Yi mara setelah menumpaskan gandingan Jepun, Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 15-21, 21-13 dan 21-15 dalam tempoh satu jam permainan.

Manakala, Bagas-Fikri pula berhasil menundukkan pasangan Taiwan, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan juga menerusi tiga set permainan dengans skor 21-8, 15-21 dan 21-16 dalam tempoh 43 minit permainan.

Sebagai rekod, pertembungan seterusnya melibatkan Yew Sin-Ee Yi dan Bagas-Fikri akan menjadi yang ketiga dalam karier masing-masing.

Setakat ini, Yew Sin-Ee Yi belum pernah menang ke atas Bagas-Fikri dimana kedua-duanya berlangsung ketika dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) edisi 2022 dan 2023.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Badminton Indonesia

Komen