Piala Merlion: Harimau Muda Bertemu Hong Kong Dalam Perlawanan Akhir
March 24, 2023 Hafizuddin Omar

Skuad Hong Kong bawah 22 tahun (B-22) menjadi lawan bagi pasukan Malaysia bimbingan E. Elavarasan dalam perlawanan akhir untuk merebut Piala Merlion 2023 – sebuah kejohanan jemputan anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Hong Kong mengesahkan kemaraan ke pentas akhir selepas berhasil menumpaskan pasukan tuan rumah, Singapura dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, sebentar tadi.

Sebelum itu, skuad negara berjulukan Harimau Muda terlebih dahulu mengesahkan tempat ke pentas akhir apabila berjaya melakar kemenangan besar 4-2 ke atas Kemboja dalam perlawanan yang berlangsung di venue yang sama, petang tadi.

Untuk makluman semua, perlawanan akhir ini dijadualkan berlangsung 26 Mac (Ahad) dengan sepak mula pada jam 8.30 bertempat di Stadium Jalan Besar.

Sementara itu, Singapura dan Kemboja pula akan berentap dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada hari yang sama dengan sepak mula jam 5.30 petang.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen