Majlis undian yang berlangsung pada hari ini menyaksikan Malaysia akan memulakan kempen kejohanan badminton berpasukan campuran dunia atau dikenali sebagai Piala Sudirman bagi edisi kali ini dalam Kumpulan C.
Skuad negara yang melayakkan diri ke saingan ini selaku pasukan keempat terbaik dunia akan berentap dengan Taiwan, India dan Australia bagi merebut slot ke peringkat kalah mati.
Sementara itu, tuan rumah merangkap juara bertahan, China diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Denmark, Singapura dan Mesir.
Manakala Indonesia pula mengisi Kumpulan B diiringi oleh Thailand, Jerman dan Kanada.
Akhir sekali, Kumpulan D pula didahului oleh naib juara edisi lalu, Jepun dan ditemani oleh Korea, Perancis dan England.
Untuk makluman semua, kejohanan ini akan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei bertempat di Suzhou, China.
Sebagai rekod, edisi lalu menyaksikan Malaysia berhasil mara sehingga ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan Indonesia. Sebelum itu, Malaysia melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan D.