Antonio Conte Tinggalkan Spurs Selepas 16 Bulan
March 27, 2023 Hafizuddin Omar

Tottenham Hotspur mengumumkan ketua jurulatihnya, Antonio Conte meninggalkan kelab berpangkalan di utara London tersebut selepas 16 bulan bersama.

Pengumuman itu hadir menerusi satu makluman di laman sesawang rasmi serta dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik Spurs pada pagi tadi.

Sehubungan dengan pengumuman ini, Spurs turut mengumumkan Cristian Stellini akan memegang jawatan sebagai ketua jurulatih sementara sehingga tamat musim ini dengan Ryan Mason sebagai penolong ketua jurulatih.

Sebagai rekod, Conte mula dilantik sebagai ketua jurulatih Spurs pada November 2021 menggantikan Nuno Espirito.

Ketika musim pertamanya mengemudi Spurs, Conte berhasil membawa pasukan ini menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keempat mengatasi kelab seteru setempatnya, Arsenal sekaligus meraih slot ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Pada ketika ini, Spurs sedang menghuni tangga keempat EPL dengan meraih 49 mata daripada 28 perlawanan. 

Featured Image: Tottenham Hotspur

Komen