10 Fakta Perlawanan Melibatkan Malaysia vs Hong Kong
March 28, 2023 Meor Mohamad Amirul

Hong Kong hadir selaku lawan kedua Malaysia pada jendela antarabangsa FIFA kali ini dengan misi untuk memperbaiki kedudukan dunia serta mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Piala Asia nanti. 

Beberapa perkara menarik dapat dirangkumkan mengenai perlawanan ini dan berikut kami hidangkan 10 fakta perlawanan di antara Malaysia menentang Hong Kong:

#1 Pemain Terlibat Dalam Perlawanan Lalu

Seramai 12 pemain Malaysia dan 11 pemain Hong Kong yang disenaraikan untuk perlawanan malam ini terlibat dalam pertemuan kedua-dua negara dalam aksi persahabatan tahun lalu.

#2 Purata Umur Kedua-dua Negara

Purata umur bagi pemain Malaysia ialah 27.07 tahun manakala bagi pemain Hong Kong ialah 27.44 tahun. Huang Yang (39 tahun 5 bulan) muncul sebagai pemain tertua manakala Nooa Laine (20 tahun 4 bulan) sebagai pemain termuda dari senarai kedua-dua pasukan.

#3 Tiada Penjaring Perlawanan Lalu

Kedua-dua pemain, Safawi Rasid dan Safiq Rahim yang menjaringkan gol dalam perlawanan Malaysia menentang Hong Kong sebelum ini tidak tersenarai di dalam skuad kali ini.

#4 Pemain Prospek Hong Kong Tidak Turut Serta

Pemain muda Hong Kong yang berkelana di Sepanyol, Shinichi Chan tersenarai di dalam senarai awal panggilan kebangsaan tidak terpilih bagi aksi menentang Singapura dan Malaysia pada jendela antarabangsa FIFA kali ini.

#5 Masalah Kecederaan Menghantui Pasukan

Malaysia tidak dapat menurunkan Endrick dos Santos dan Arif Aiman akibat daripada kecederaan yang dialami para pemain tersebut manakala kem Jorn Andersen terpaksa melupakan khidmat Matthew Orr dan Helio akibat kecederaan dan isu passport.

#6 Kehadiran Pemain Naturalisasi

Seperti Malaysia, Hong Kong juga merupakan sebuah negara yang memiliki ramai pemain naturalisasi tetapi kebanyakkannya tidak disenaraikan. Harimau Malaya hanya menyenaraikan Paulo Josue manakala negara Asia Timur itu membawa Paulo Cesar dan Mahama Awal ke bumi Malaysia. 

#7 Peluang Melakukan Debut

Selepas bertemu Turkmenistan, hanya tiga pemain sahaja lagi yang belum melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan – Sikh Izhan, Damien Lim dan Daniel Ting.

#8 Rekod Kurang Baik Hong Kong

Hong Kong hanya mencatatkan 3 kemenangan dan tewas sebanyak 7 kali daripada 12 perlawanan sejak kali terakhir bertemu Malaysia yang menyaksikan Hong Kong kini berada di tangga ke-146 dunia. 

#9 Pemain Hong Kong Dengan Kaps Terbanyak

Yapp Hung Fai merupakan pemain Hong Kong dengan rekod kaps terbanyak iaitu sebanyak 82 penampilan bersama skuad kebangsaan negara Asia Timur itu sejak kali pertama beraksi pada tahun 2010 turut tersenarai pada kali ini. 

#10 Kehadiran Pemain Liga Super China

Majoriti pemain skuad kendalian Jorn Andersen kali ini bermain dalam saingan Liga Premier Hong Kong kecuali 4 pemain – Leung Nok Hang (Zhejiang Pro), Vas Nunez (Dalian Pro), Li Ngai Hoi (Nantong Zhiyun) dan Yue Tze Nam (Meizhou Hakka) yang berkelana ke China. 

Komen