Artikel

Marc Marquez Selesai Dibedah, Terlepas Perlumbaan Argentina GP

Pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez tidak akan beraksi dalam perlumbaan kedua Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 iaitu Argentina GP yang akan berlangsung pada penghujung minggu ini.

Pengesahan itu hadir menerusi makluman daripada pasukannya selepas Marquez selesai menjalani pembedahan pergelangan tangan di Hospital Internacional Ruber, Madrid.

Buat masa ini, Marquez akan memberikan tumpuan penuh kepada sesi pemulihan sebelum kembali dalam keadaan terbaik untuk pusingan berikutnya.

Untuk makluman semua, pelumba berusia 30 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami patah tulang ibu jari tangan kanannya selepas terlibat dalam insiden pada perlumbaan Portugal GP, Ahad lalu.

Featured Image: Repsol Honda Team

komen