Juara Piala MFL Bawa Pulang Setengah Juta
March 28, 2023 Hafizuddin Omar

Pasukan yang menjuarai saingan bawah 23 tahun (B-23), Liga Simpanan atau Piala MFL akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000. Sementara itu, naib juara Piala MFL pula akan membawa pulang wang tunai bernilai separuh daripadanya iaitu RM250,000.

Perkara ini dikongsingkan oleh penganjur, Malaysian Football League (MFL) bersama-sama dengan pengumuman agihan pendapatan kepada 14 buah pasukan Liga Super bagi musim 2023-2025 pada hari ini.

Sebagai rekod, saingan sulung Piala MFL kali ini disertai sebanyak 15 buah pasukan yang terdiri daripada 14 skuad B-23 Liga Super serta Skuad Projek FAM-MSN.

Untuk makluman semua, MFL memperkenalkan saingan Piala MFL ini sebagai medan persaingan kepada pemain-pemain berumur 23 tahun untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan dan pendedahan dalam aksi kompetitif.

Komen