Kejohanan Dunia Remaja BWF 2023 Akan Berlangsung Di Amerika Syarikat
March 28, 2023 Hafizuddin Omar

Bandar Spokane yang terletak di Washington, Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Dunia Remaja BWF 2023 – sebuah saingan untuk remaja berusia 19 tahun dan ke bawah (B-19).

Ini merupakan julung kalinya Amerika Syarikat menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang berlangsung bermula 24 September hingga 8 Oktober kelak.

Badan induk, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di laman sesawang rasminya, pada hari ini.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan penganjuran Kejohanan Dunia Remaja BWF edisi ke-23.

Sebagai tambahan, kejohanan edisi lalu yang berlangsung di Sepanyol berakhir dengan cukup mendukacitakan buat wakil remaja Malaysia apabila beraksi sehingga Pusingan 16 sahaja.

Featured Image: BWF

Komen