Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai kembali semula menghuni kelompok 10 terbaik dunia.
Ianya susulan kemaraan mereka ke perlawanan akhir dan bergelar naib juara dalam saingan Terbuka Swiss pada Ahad lalu yang memberikan 5,950 mata kejohanan.
Pungutan mata itu membantu Soon Huat-Shevon mengumpul 58,690 mata secara keseluruhan dan meningkatkan kedudukan mereka satu anak tangga berbanding minggu lalu dalam ranking dunia.
Untuk makluman, Soon Huat-Shevon yang juga merupakan beregu campuran No.2 tanah air akan terus berada di bumi eropah memandangkan mereka akan mengambil bahagian dalam saingan Madrid Spain Masters pada minggu ini.
Menerusi kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300 ini, mereka berpeluang untuk memperbaiki lagi kedudukan dalam ranking dunia sekiranya mara jauh.
Sebagai rekod, Soon Huat-Shevon pernah merekodkan kedudukan terbaik iaitu di tangga keenam dunia selama sembilan minggu sekitar tahun 2018.
Featured Image: Victor Facebook