Pemain muda Denmark yang berusia 21 tahun, Magnus Johannesen menjadi gunting dalam lipatan buat wakil perseorangan lelaki negara dalam saingan Madrid Spain Masters yang bermula semalam.
Manakan tidaknya, pemain yang menghuni ranking ke-55 dunia ini berhasil menumpaskan dua pemain Malaysia di pusingan kelayakan iaitu Soong Joo Ven dan Leong Jun Hao.
Pada perlawanan pusingan pertama kelayakan, Magnus berjaya menumpaskan Joo Ven yang berada di ranking ke-50 dunia menerusi tiga set permainan mencabar yang berkesudahan dengan skor 17-21, 29-27 dan 16-21 dalam tempoh melebihi satu jam permainan.
Madrid Spain Masters 2023
MS – Qual. R16
19 29 21 🇩🇰Magnus JOHANNESEN🥇21 27 16 🇲🇾SOONG Joo Ven
🕚 in 65 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 28, 2023
Kemenangan itu membolehkannya melangkah ke pusingan kedua kelayakan dan bertemu dengan Jun Hao.
Magnus meneruskan rentetan kemenangannya dengan menumpaskan pula Jun Hao secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-19 dalam tempoh masa 43 minit permainan sekaligus melangkah ke pusingan 32 babak undian utama.
Madrid Spain Masters 2023
MS – Qual. QF
21 21 🇩🇰Magnus JOHANNESEN🏅
17 19 🇲🇾LEONG Jun Hao🕚 in 43 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 28, 2023
Dengan tersingkirnya Joo Ven dan Jun Hao semalam, Cheam June Wei menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan aksi dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300 di bumi Sepanyol ini.
June Wei yang bermula dari Pusingan 32 babak utama akan turun menentang pemain No.6 Indonesia yang, Christian Adinata dengan perlawanan dianggarkan berlangsung pada jam 11.20 malam nanti (waktu Malaysia).