Gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United mengumumkan bakal mengadakan aksi pramusim mereka menentang kelab milik Ryan Reynolds, Wrexham di Stadium Snapdragon, San Diego pada Julai nanti.
Menurut laman sesawang rasmi kelab, ini merupakan perlawanan pertama skuad kendalian Erik Ten Hag bagi siri Jelajah Musim Panas 2023 di Amerika Syarikat yang dijadualkan berlangsung pada 25 Julai kelak.
Pengarah Bola Sepak Manchester United, John Murtough berkata, perlawanan ini akan memberi peluang kepada para pemain akademi berbakat untuk merasai suasana bermain dengan skuad utama.
🍿 The collab you didn't know you needed…
Starring: @VancityReynolds, @RMcElhenney and The Boss 😎
🏟️ Snapdragon Stadium, San Diego
🗓️ 25 July
🧠 The mind games have begun#MUFC || #MUTOUR23— Manchester United (@ManUtd) March 27, 2023
Perlawanan ini bakal diadakan di Stadium Snapdragon, dahulunya dikenali sebagai Aztecs Stadium sebelum dibeli hak penamaannya oleh syarikat digital multinasional, Qualcomm Technologies Inc. bernilai AS$45 juta selama 15 tahun.
Bintang filem Deadpool itu bersama rakan pelakonnya, Rob McElhenney menerusi entiti syarikat bersama RR McReynolds telah mengambil alih tampuk kepimpinan Wrexham setelah membelinya dari penyokong Wales pada November 2020.
Kelab ketiga tertua di dunia itu semakin mendapat perhatian umum apabila transformasi yang dibawa gandingan Hollywood terhadap ekosistem bola sepak Wrexham dalam misi untuk mendaki piramid Liga Inggeris.
Pada saat ini, Wrexham sedang bertarung untuk muncul juara Liga Nasional Vanarama 2022/23. Mereka menduduki tangga kedua liga dengan kutipan 39 mata disamping memiliki berkelebihan dua perlawanan berbanding pendahulu liga, Notts County.