Kejayaan beregu campuran No.2 negara ke pentas akhir Terbuka Swiss pada Ahad lalu nampaknya tidak dapat diulangi pada kejohanan Madrid Spain Masters, pada minggu ini.
Ini selepas Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai tumpas mengejut kepada pasangan Taiwan yang menghuni ranking ke-33 dunia, Chang Ko-chi dan Lee Chih Chen pada Pusingan 32 yang berlangsung sebentar tadi.
Madrid Spain Masters 2023
XD – R32
CHANG Ko-Chi🏅
21 21 LEE Chih Chen🏅
🇲🇾GOH Soon Huat
19 10 🇲🇾LAI Shevon Jemie🕚 in 26 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 29, 2023
Dalam pertarungan tersebut, Soon Huat-Shevon ditumpaskan Ko-chi dan Chih Chen dengan mudah secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-10 dalam tempoh tidak sampai setengah jam permainan.
Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.
Pertemuan pertama berlangsung dalam kejohanan Terbuka Malaysia 2023 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Soon Huat-Shevon secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-13.
Featured Image: Victor Facebook
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!