Artikel

Madrid Spain Masters: Xin Yuan-Tien Ci Wakil Tunggal Negara Mara Ke Pusingan 16

Beregu lelaki negara yang menghuni ranking ke-58 dunia menjadi wakil tunggal dari Malaysia yang berhasil mara ke Pusingan 16 dalam saingan Madrid Spain Masters 2023.

Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci dapat melangkah ke peringkat berkenaan selepas menumpaskan beregu No.2 Perancis, Lucas Corvee dan Ronan Labar dalam satu perlawanan yang cukup sengit di Pusingan 32, semalam.

Perlawanan melibatkan kedua-dua pasangan ini berlanjutan sehingga lebih satu jam dengan memasuki fasa β€œdeuce” dalam set pertama dan kedua sebelum Xin Yuan-Tien Ci menutupnya dengan kemenangan menerusi skor 20-22, 23-21 dan 21-19.

Susulan kemenangan ini, Xin Yuan-Tien Ci yang mara ke Pusingan 16 akan bertemu gandingan baharu dari Jepun yang melibatkan Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura.

Untuk makluman semua, pada awal kejohanan ini, seramai 8 wakil dari Malaysia mengambil bahagian yang terdiri daripada tiga perseorangan lelaki, satu perseorangan wanita serta dua beregu lelaki dan campuran masing-masing.

Soong Joo Ven, Leong Jun Hao dan Goh V Shem-Lim Khim Wah terkandas di peringkat kelayakan manakala Cheam June Wei, Kisona Selvaduray, Goh Soon Huat-Shevon Jemie serta Chan Peng Soon-Cheah Yee See tumpas di Pusingan 32.

komen