EPL Tolak Usul Netflix Mengadakan Siri Dokumentari Seumpama ‘Drive To Survive’
March 31, 2023 Hafizuddin Omar

Platform servis penstriman berasaskan langganan, Netflix mengusulkan cadangan kepada kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menerbitkan sebuah siri dokumentari yang memaparkan kisah disebalik tabir melibatkan 20 kelab yang bertanding. 

Ianya seumpama siri dokumentari bagi Formula 1 (F1) iaitu ‘Drive To Survive’ dimana mereka akan mengikuti dan merakamkan perjalanan kesemua kelab EPL sepanjang musim berbeza dengan siri ‘All or Nothing’ terbitan Amazon Prime Video yang memfokuskan kepada satu kelab sahaja pada satu masa.

View this post on Instagram

A post shared by VERSUS (@versus)

Bagaimanapun, kelab-kelab EPL telah membuat keputusan untuk menolak usul berkenaan selepas melakukan undian dalam satu mesyuarat yang berlangsung di London, semalam, sepertimana dilaporkan pelbagai media berpangkalan di eropah.

Walaupun usul ini ditolak oleh EPL, Netflix sudah mempunyai satu kolaborasi dengan salah sebuah liga terbaik eropah dan dunia iaitu LaLiga untuk membuat siri dokumentari sedemikian. 

Mereka telah mengumumkan kolaborasinya secara rasmi pada Februari lalu. Siri berkenaan akan memfokuskan kepada saingan melibatkan perjalanan kelab-kelab LaLiga pada musim 2023-24 dan akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Komen