Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh akan muncul di sebagai pembaca berita pertama bagi segmen baharu di saluran milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Stadium RTM.
Ahli Parlimen Segambut itu akan membuat kemunculan dalam segmen berkenaan pada 1 dan 2 April kelak sekitar jam 8.20 malam menerusi Berita Perdana di saluran TV1.
Hannah diberi peluang untuk membacakan berita sukan dalam edisi khas itu bersempena dengan Ulang Tahun Ke-77 RTM.
Menerusi hantaran di laman sosialnya, Hannah tidak dapat menyembunyikan keterujaannya lebih-lebih lagi pembaca berita merupakan impiannya sejak di bangku sekolah lagi.
Terima Kasih @beritartm @RTM_Malaysia atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai presenter pertama untuk segmen Stadium RTM.#ImpianSejakDiSekolah #CitaCitaHanayo#RTM #TemanSetiaAnda #StadiumRTM #RTM77tahun https://t.co/8uYB6Ci4hk
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) March 30, 2023
“Terima kasih Berita RTM atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai presenter pertama untuk segmen ini.” tulisnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Suhaimi Sulaiman dalam satu ciapan mengucapkan terima kasih kepada Hannah atas kesudian menerima undangan mereka untuk menjadi pembaca berita pertama bagi segmen itu.
Suhaimi menjelaskan segmen Stadium RTM (berita sukan) merupakan penambahan terbaru kepada penawaran berita-berita mereka.
Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Hannah tampil sebagai pembaca berita. Awal Januari lalu, Hannah telah tampil sebagai penyampai berita selama 13 saat dalam program Nadi Arena di saluran Astro Arena.
Saksikan penampilan Khas YB @hannahyeoh sebagai penyampai berita di Astro Arena#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/Y2kVGMf6aa
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 6, 2023