WWE Dan UFC Akan Bergabung Menjadi Sebuah Syarikat Gergasi Sukan Hiburan
April 3, 2023 Aman

World Wresling Enteratinment (WWE) merupakan salah satu siri acara sukan gusti hiburan yang mempunyai ramai peminat diseluruh dunia, termasuk Malaysia.

Terbaru, WWE telah bersetuju untuk diambil-alih oleh Endeavor Group, pada nilai mencapai $9.3 bilion. Endeavor akan mengambil-alih 51% pegangan pada WWE, sementara pemegang saham WWE sedia ada akan menyimpan pegangan sebanyak 49%.

Dengan pengambil-alihan ini, Endeavor mengatakan akan gabungkan WWE dan juga UFC, sekaligus menjadi sebuah syarikat sukan hiburan gergasi di dunia, bernilai lebih $20 bilion.

Seperti ramai sedia maklum, WWE dan UFC mempunyai peminat yang meluas di seluruh dunia. Pada bulan Januari lepas sahaja, WWE mencapai lebih 7.5 bilion capaian tontonan pada saluran digital dan media sosual – memperlihatkan peningkatan 15% berbanding tahun sebelumnya.

Selain penawaran kandungan tersendiri, pelbagai ahli gusti dibawah jenama berkenaan turut mempunyai angka pengikut yang tinggi, pada Facebook, Twitter dan juga Instagram.

Komen