Dua wakil negara yang beraksi dalam kejohanan Orleans Masters 2023 berhasil melepasi ujian di peringkat pusingan kelayakan sekaligus mara ke Pusingan 32 babak undian utama yang bermula pada hari ini.
Perseorangan lelaki yang menghuni ranking ke-78 dunia, Leong Jun Hao berhasil merakamkan kemaraan ke babak undian utama selepas melepasi dua perlawanan peringkat kelayakan bertemu dua pemain Jerman.
Pada pusingan pertama kelayakan, Jun Hao menumpaskan pemain No.109 dunia, Samuel Hsiao menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-16, 19-21 dan 21-9 dalam tempoh satu jam dua minit.
Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTOR
MS – Qual. QF
21 9 21 🇲🇾LEONG Jun Hao🥇17 21 13 🇩🇪Fabian ROTH
🕚 in 60 minutes
— BWFScore (@BWFScore) April 4, 2023
Manakala pada pusingan kedua kelayakan, Jun Hao sekali lagi berentap selama satu jam untuk menewaskan pemain No.102 dunia, Fabian Roth juga menerusi tiga set permainan yang tamat dengan skor 21-17, 9-21 dan 21-13.
Kemenangan itu membawa Jun Hao bertemu pemain senior India yang berada di ranking ke-47 dunia, Sai Praneeth pada Pusingan 32.
Sementara itu, beregu lelaki bebas (independent), Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci tidak berhadapan dengan cabaran yang sukar untuk melepasi pusingan suku akhir kelayakan apabila dengan mudahnya menumpaskan wakil Algeria yang berada di ranking ke-134 dunia, Mohamed Abderrahime Belarbi dan Adel Hamek.
Dalam pertarungan yang tidak sampai setengah jam itu, Xin Yuan-Tien Ci melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-11.
Pada pusingan 32 kelak, Xin Yuan-Tien Ci akan turun berentap dengan beregu No.11 dunia merangkap pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin.
Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTOR
MD – Qual. QF
🇲🇾BOON Xin Yuan🏅
21 21 🇲🇾WONG Tien Ci🏅
🇩🇿Mohamed Abderrahime BELARBI
11 11 🇩🇿Adel HAMEK🕚 in 21 minutes
— BWFScore (@BWFScore) April 4, 2023
Featured Image: Badminton Association of Malaysia