Kedah Darul Aman Dapat Kenderaan Elektrik – BMW iX xDrive40 Sport
April 5, 2023 Hafizuddin Omar

Kedah Darul Aman FC mendapat sebuah kenderaan elektrik berjenama mewah iaitu BMW iX xDrive40 Sport sebagai kenderaan rasminya susulan kerjasamanya dengan Lee Motors.

Difahamkan, ianya untuk kegunaan Kedah Darul Aman bagi menjalankan sebarang aktiviti sepanjang musim ini.

Semalam, syarikat automotif tempatan yang berpusat di Alor Setar itu mengumumkan jalinan kerjasama dengan Kedah Darul Aman sekaligus diangkat sebagai Rakan Rasmi Automotif KDA FC bagi musim 2023.

Pemberian BMW iX xDrive40 Sport itu merupakan satu permulaan penajaan kemudahan kenderaan rasmi daripada Lee Motors kepada skuad berjulukan Sang Kenari terbabit.

Untuk makluman semua, Lee Motors merupakan pengedar bagi beberapa jenama kenderaan popular tempatan dan antarabangsa seperti BMW, Honda, Volkswagen, Proton dan BYD.

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

Komen