Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan enam daripada lapan stadium Piala Dunia di Qatar bakal digunakan ketika Piala Asia 2023 akan datang.
Menurut laman sesawang AFC, enam stadium tersebut ialah Stadium Al Janoub, Stadium Al Bayt, Stadium Ahmed bin Ali, Stadium Al Thumama, Stadium Education City dan Stadium Antarabangsa Khalifa.
Dua lagi stadium yang bakal digunakan ialah Stadium Jassim bin Hamad dan Stadium Abdullah bin Khalifa sekaligus melengkapkan senarai lapan stadium yang menjadi venue rasmi Piala Asia 2023.
✨ 𝐇𝐄𝐑𝐄 𝐖𝐄 𝐆𝐎 ✨
✅ The competition dates and 8️⃣ coliseums are now confirmed. #AsianCup2023 🇶🇦 Qatar is coming! pic.twitter.com/yxEAj321oS
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) April 5, 2023
Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata, Jawatankuasa Penganjuran Tempatan (LOC) dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) bakal memastikan kejohanan kali ini suatu pengalaman yang tidak pernah dirasai sepanjang sejarah bola sepak Asia.
Dalam perkembangan yang sama, AFC turut mengumumkan tarikh berlangsungnya Piala Asia 2023 yang bakal bermula dari 12 Januari sehingga 10 Februari 2024.
Kejohanan yang bakal berlangsung selama 30 hari itu mengatasi rekod 28 hari bagi edisi 2019 yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertujuan untuk meningkatkan nilai komersial Piala Asia.
Majlis undian peringkat kumpulan akan diadakan di Katara Opera House, Doha pada 11 Mac 2023 menyaksikan Malaysia berkemungkinan besar berada di Pot 4 berdasarkan kedudukan semasa Asia.
Featured Image: Federation Internationale de Football Association (FIFA)