Orleans Masters: Peng Soon-Yee See Lakar Kemenangan Pertama Selepas Dua Bulan
April 6, 2023 Hafizuddin Omar

Kali terakhir gandingan beregu campuran bebas (independent), Chan Peng Soon dan Cheah Yee See melakar kemenangan adalah sekitar dua bulan lalu di Pusingan 32 saingan Princess Sirivannavari Thailand.

Namun begitu, pasangan berusia 34 dan 27 tahun masing-masing ini mengalami kekalahan di Pusingan 16 dalam kejohanan terbabit dan meleret ke Pusingan 32 dalam dua kejohanan berikutnya iaitu Terbuka Swiss dan Madrid Spain Masters.

Bagaimanapun, Peng Soon-Yee See boleh menarik nafas lega apabila kemarau tersebut telah pun tamat dengan mereka meraih kemenangan pada Pusingan 32 di saingan Orleans Masters, semalam.

Peng Soon-Yee See melakar kemenangan tersebut ke atas pasangan China yang menghuni ranking ke-56 dunia, Cheng Xing dan Chen Fang Hui secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-16 dalam tempoh 34 minit permainan.

Kemenangan itu membawa Peng Soon-Yee See yang menduduki ranking ke-39 dunia pada saat ini bertemu pilihan pertama kejohanan, Chang Ko-Chi dan Lee Chih Chen pada Pusingan 16.

Pasangan dari Taiwan yang berada di ranking ke-33 dunia ini mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 selepas menyingkirkan gandingan Denmark, Jesper Toft dan Clara Graversen menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 20-22, 21-14 dan 21-18.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen