Selepas empat bulan bergandingan bersama, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya menghadirkan kejuaraan sulung dalam saingan Jelajah Dunia BWF.
Kejuaraan itu hadir setelah pasangan berusia 25 dan 22 tahun masing-masing ini menjuarai saingan Orleans Masters yang bertaraf Super 300.
Ianya hasil Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan ke atas beregu No.1 Taiwan, Ye Hong Wei dan Lee Chia Hsin dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada petang tadi, waktu Malaysia.
Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTOR
XD – Final
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅
YE Hong Wei
19 17 LEE Chia Hsin🕚 in 35 minutes
— BWFScore (@BWFScore) April 9, 2023
Lebih manis, pasangan negara ini menggapai kemenangan dengan skor “straight set” iaitu 21-19 dan 21-17 dalam tempoh sekitar setengah jam sahaja permainan sahaja.
Kemenangan ini turut membolehkan Tang Jie-Ee Wei membawa pulang wang tunai bernilai AS$18,960 atau bersamaan sekitar RM83,490 serta pungutan mata sebanyak 7,000 untuk pengiraan ranking dunia.
Sebagai tambahan, ini merupakan kejuaraan ketiga diraih Tang Jie-Ee Wei selepas menjulang kejuaraan Cabaran Antarabangsa Iran Fajr pada Februari lalu dan Cabaran Antarabangsa Bangladesh tahun lalu.