Frank Bernhardt Nafi Fasiliti Kelantan FC Teruk
April 10, 2023 Meor Mohamad Amirul

Pengendali baharu Kelantan FC, Frank Bernhardt menolak desas-desus yang bermain dalam kalangan penyokong The Red Warriors berkenaan pengurusan fasiliti yang kurang baik untuk digunakan pasukan. 

Pengendali berusia 54 tahun itu menjelaskan bahawa keadaan fasiliti kelab berada dalam keadaan memuaskan dan mereka dapat memanfaatkan fasiliti yang disediakan menjelang perlawanan menentang Selangor FC, semalam. 

“Saya perlu katakan bahawa fasiliti kami dalam keadaan baik-baik saja, tidak menjadi masalah sebenarnya. Kami boleh mempersiapkan pasukan untuk perlawanan ini (dengan fasiliti sedia ada).”

“Sebagai jurulatih, saya selalunya banyak mengadakan perbincangan bersama pasukan dan sesi tontonan video, semuanya ada disini tetapi mungkin jurulatih lain tidak mahu atau tidak menggunakannya,” jelas Frank dalam sidang media selepas perlawanan menentang Selangor FC. 

View this post on Instagram

A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)

Bekas pengendali skuad Harimau Muda itu turut mengakui terkejut terhadap pengumuman status bekas jurulatih, Choi Moon-sik serta menegaskan kehadirannya di Kelantan pada awalnya hanya sebagai pengarah teknikal kelab.

“Tidak, saya tidak menjangkakan situasi ini. Saya hadir selaku pengarah teknikal kelab dan saya sudah perhatikan beberapa perkara yang perlu diubah sepanjang dua minggu pertama saya di sini tetapi berkenaan jurulatih, saya tak jangkakannya.” jelas Frank lagi. 

Frank yang dilantik selaku Pengarah Teknikal The Red Warriors pada Mac telah dijadikan ketua jurulatih baharu pasukan secara rasmi pada Ahad bagi perlawanan menentang Selangor. 

Bagaimanapun, perjalanannya bersama Kelantan bermula dengan langkah kiri apabila tumpas di tangan The Red Giants dengan keputusan 3 gol tanpa balas menerusi Ayron del Valle dan jaringan berganda Raul Salifu.  

View this post on Instagram

A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)

Featured Image: TRW Kelantan FC

Komen