Tiada Sebarang Jemputan Sertai Kejohanan SAFF 2023
April 10, 2023 Hafizuddin Omar

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi presidennya, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang jemputan rasmi untuk menyertai Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) 2023.

Sebelum ini, akaun media sosial, ASEAN Football, mendakwa Malaysia serta Arab Saudi diundang untuk menyertai kejohanan seumpama Piala AFF yang akan berlangsung di Bengaluru, India bermula 21 Jun hingga 3 Julai.

“Saya tidak dapat apa-apa jemputan, dan presiden dia pun takde beritahu (apa-apa).” kata Hamidin di hadapan para pengamal media dalam majlis berbuka puasa di Wisma FAM, baru-baru ini.

Pada masa yang sama, sekiranya benar pihak SAFF menghantar jemputan terbabit, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon tetap tidak dapat menyertainya kerana sudah mengatur perlawanan antarabangsa pada rehat antarabangsa FIFA pada bulan Jun menentang Yaman dan Solomon Islands.

Kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Malaysia. Namun begitu, venue bagi perlawanan terbabit belum diputuskan secara rasmi oleh pihak FAM.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen