Dean Smith, John Terry Ganti Brendan Rodgers Di Leicester City
April 11, 2023 Hafizuddin Omar

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Brendan Rodgers di Leicester City kini terisi dengan kehadiran Dean Smith.

Dean yang pernah mengendalikan Norwich City dilantik menjadi pengurus Leicester City secara rasmi sehingga ke penghujung musim menerusi satu makluman oleh pihak kelab, pada hari ini.

Leicester City menjelaskan khidmat Dean diikat oleh skuad berjulukan The Foxes bagi membantu mereka menghadapi lapan perlawanan terakhir bagi mengekalkan kelab dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Buat masa ini, mereka berada di tangga kedua tercorot liga dalam zon penyingkiran dengan 25 mata hasil daripada 30 perlawanan.

Menyertai barisan kejurulatihan Dean di Leicester City bekas pengurus mereka suatu masa dahulu, Craig Shakespeare serta bekas kapten skuad kebangsaan England, John Terry.

Manakala Adam Sandler dan Mike Stowell yang dilantik sebagai pengendali sementara baru-baru ini turut sama menyertai barisan kejurulatihan Dean.

Komen