Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan memulakan kempen Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 dengan menentang juara Indonesia Masters, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin.
Pasangan No.3 Indonesia terbabit menjadi lawan buat Aaron-Wooi Yik di Pusingan 32 BAC kali ini selepas keluarnya hasil undian, pada hari ini.
Kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sebanyak empat kali sebelum ini. Tiga daripadanya berhasil dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik melainkan pertemuan terakhir yang berlangsung pada Pusingan 32 di All England baru-baru ini.
Sementara itu, beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pula akan memulakan kejohanan ini menentang pasangan India yang menghuni ranking ke-27 dunia, M. R. Arjun dan Dhruv Kapila.
Manakala Man Wei Chong dan Tee Kai Wun pula akan berhadapan dengan wakil Thailand yang berada di ranking ke-37 dunia, Chaloempon Charoenkitamorn dan Nanthakarn Yordphaisong.
Akhir sekali, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong akan berentap dengan beregu No.6 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia