Perseorangan lelaki remaja negara, Justin Hoh berkemungkinan besar terlepas peluang untuk beraksi di Sukan SEA 2023 di Kemboja pada bulan hadapan.
Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan satu berita mengejutkan bahawa pemain berusia 19 tahun terbabit ditimpa kecederaan dalam sesi latihan, dua hari lalu.
Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, pemain itu disahkan mengalami kecederaan ‘achilles tendon’ kiri.
UPDATE: Badminton Association of Malaysia (BAM) today confirmed that singles player, Justin Hoh suffered an achilles tendon rupture in training yesterday. pic.twitter.com/pwA0KKNSkh
— BAM (@BA_Malaysia) April 11, 2023
Sehubungan itu, juara Cabaran Antarabangsa Uganda ini akan menjalani pembedahan pada hari ini.
Untuk makluman semua, pada bulan lalu, Justin antara yang disenaraikan oleh BAM bagi beraksi dalam acara berpasukan lelaki bersama-sama Leong Jun Hao, Ong Ken Yon dan Lee Shun Yang (simpanan).
Sebagai tambahan, temasya dwitahunan bagi edisi kali ini akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia