Jacky Ganti Justin Di Sukan SEA 2023
April 13, 2023 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki negara yang berusia 21 tahun, Jacky Kok Jing Hong menjadi pilihan untuk menggantikan Justin Hoh di temasya Sukan SEA 2023 Kemboja.

Pemilihan Jacky itu diumumkan oleh Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann menerusi makluman di pelbagai platform media sosial badan induk tersebut, pada hari ini.

Jacky yang berada di ranking ke-156 dunia dipanggil untuk menggantikan Justin yang terpaksa memberikan tumpuan untuk pemulihan selepas menjalani pembedahan ekoran kecederaan ‘achilles tendon’.

Choong Hann menjelaskan, ini akan menjadi peluang terbaik buat Jacky untuk meningkatkan permainannya.

Ini bakal menjadi penyertaan kedua Jacky di temasya dwitahunan asia tenggara. Pada edisi lalu, Jacky berhasil muncul sebanyak tiga kali dalam acara berpasukan lelaki serta beraksi di pusingan pertama bagi acara individu.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen