Kelab EPL Henti Papar Syarikat Judi Pada Jersi Perlawanan Bermula Hujung 2025-26
Hafiz Omar
Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak akan memaparkan penajaan daripada syarikat judi pada bahagian hadapan jersi perlawanan bermula penghujung musim 2025-26.
Perkara ini dimaklumkan secara rasmi oleh EPL setelah kesemua kelab yang bertanding bersetuju secara kolektif untuk menarik balik penajaan syarikat judi pada bahagian hadapan jersi perlawanan, semalam.
Difahamkan, pendekatan secara sukarela ini dilakukan sebagai usaha untuk mengurangkan iklan perjudian.
Ketika ini, sebanyak lapan daripada 20 kelab EPL memaparkan penajaan syarikat judi pada bahagian hadapan jersi perlawanan masing-masing iaitu West Ham United, Southampton, Newcastle United, Leeds United, Fulham, Everton, Brentford dan Bournemouth.
Sementara itu, penguatkuasaan ini dilakukan bermula penghujung 2025-26 bagi membolehkan kelab-kelab mempunyai tempoh peralihan selain tidak dikenakan penalti kerana memendekkan penajaan sedia ada.
Untuk pengetahuan, penajaan syarikat perjudian di hadapan jersi bola sepak sudah tidak dibenarkan di Itali serta Sepanyol.
Premier League clubs have today collectively agreed to withdraw gambling sponsorship from the front of clubs’ matchday shirts, becoming the first sports league in the UK to take such a measure voluntarily in order to reduce gambling advertising
➡️ https://t.co/FG6V7sJcds pic.twitter.com/5xDX5sR4gY
— Premier League (@premierleague) April 13, 2023
Featured Image: Newcastle United