Kelab Cristiano Ronaldo Lantik Jurulatih Baharu Dari Croatia
Hafiz Omar
Kelab yang sedang disertai oleh Cristiano Ronaldo di Arab Saudi, Al Nassr tampil mengumumkan melantik Dinko Jelicic sebagai ketua jurulatih baharu untuk mengemudi skuad utamanya.
Sebelum ini, Dinko yang berusia 49 tahun dan kelahiran Croatia merupakan bekas ketua jurulatih skuad bawah 19 (B-19) Al Nassr. Pengumuman perlantikan Dinko dikongsikan menerusi makluman rasmi oleh pihak kelab, semalam.
We can announce that our U19 coach, Mr. Dinko Jelicic will be the new head coach for the first team.
Good luck, Mr. Dinko 💛 pic.twitter.com/ty52cRSwDT
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) April 13, 2023
Untuk makluman, perlantikan Dinko hadir kira-kira sekitar 20 minit selepas kelab mengumumkan ketua jurulatih terdahulu, Rudi Garcia berpisah dengan Al Nassr dengan persetujuan bersama selepas berkhidmat selama lapan bulan.
Sebelum meninggalkan Al Nassr, Rudi sempat mengemudi kelab menghuni tangga kedua Liga Pro Saudi dengan kutipan 53 mata. Mereka hanya dibezakan sebanyak tiga mata sahaja dengan pendahulu liga, Al Ittihad.
AlNassr can announce that Head Coach Rudi Garcia has left the Club by mutual agreement.
The board and everyone at AlNassr would like to thank Rudi and his staff for their dedicated work during the past 8 months. pic.twitter.com/6wx6p68f6N
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) April 13, 2023
Featured Image: Al Nassr