Sukan SEA: PSM Senarai 3 Pemenang Emas Sukan Asia Dalam Skuad Kebangsaan
April 14, 2023 Meor Mohamad Amirul

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah menyenaraikan 29 atlet yang mewakili acara sepak takraw dan chinlone ke Sukan SEA 2023 di Kemboja nanti. Pengumuman ini hadir selepas 4 hari berlangsungnya perlawanan ujian di Stadium Tertutup Titiwangsa.

Pemenang pingat emas acara regu Sukan Asia 2018, Syahir Rosdi, Zulkifli Razak dan Azlan Alias antara yang disenaraikan mewakili Malaysia bagi acara sepak takraw lelaki.

Turut tersenarai adalah pemenang pingat emas acara regu Sukan SEA 2015 & 2017, Khairol Zaman serta pemain terbaik Piala Juara STL, Amirul Zazwan (2020) dan Noraizat Nordin (2019).

Bagi melengkapkan senarai, enam lagi pemain yang turut dipilih ialah Haziq Hairul, Meor Zulfikar, Afifuddin Razali, Hafizul Hayazi, Norfaizzul Razak dan Aidil Aiman Zawawi yang aktif beraksi dalam saingan Sepak Takraw League (STL).

Sementara itu, 9 atlet yang mewakili skuad wanita bagi acara sepak takraw ialah Siti Norzubaidah, Nur Natasha Amyra, Nur Syafiqah Jafri, Nur Fatihah Sharudin, Madziatul Rosmahani, Nur AthirahRoslan, Razmah Adam, Nadillatul Rosmahani dan Sharifah Fifi Nurdyana.

Manakala, 8 pemain bakal beraksi dalam acara chinlone ialah Nazuha Nadzli, Zarlizan Zakaria, Ab Muhaimi, Faiz Roslan, Izuan Efendi Azlan, Nurhidayat Ar Rasyid, Putera Aidil Israfil dan Iskandar Zulkarnain.   

Menurut laporan media tempatan, Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan menyasarkan 11 sasaran pingat – 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa bagi acara sepak takraw manakala bagi chinlone pula, 1 perak dan 4 gangsa disasarkan buat skuad kali ini.

Sebagai rekod, skuad sepak takraw negara mengutip 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa di Sukan SEA 2021. Skuad lelaki memenangi 3 pingat perak menerusi acara regu, regu berpasukan dan berpasangan manakala skuad wanita meraih 2 pingat gangsa hasil acara regu dan regu berpasukan.

Featured Image: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)

Komen