Pemenang Anugerah Puskas 2014, James Rodriguez kini berstatus pemain ejen bebas tanpa terikat dengan mana-mana kelab.
Ini selepas kelabnya, Olympiacos FC mengumumkan telah melepaskan pemain berusia 31 tahun ini menerusi pelbagai maklumkan di platform media sosialnya, semalam.
Pengumuman itu hadir kira-kira tujuh bulan selepas James menyertai kelab berjulukan Thrylos terbabit pada September tahun lalu.
Dalam tempoh terbabit, bekas pemain tengah Monaco, Real Madrid dan Everton ini meraih 23 penampilan sebelum berhenti beraksi bersama Olympiacos bermula pertengahan Februari lalu ekoran kecederaan. James sempat mencetak lima gol dan menyumbang enam bantuan gol.
Untuk rekod, sebelum menyertai Olympiacos, James beraksi di di Qatar bersama Al-Rayyan.
I would like to thank everyone for all the time that we have spent together. although we are going our separate ways, I feel that I will always be a member and welcomed in the family of the great port Piraeus. I wish all the best to Olympiacos and every success in the future. pic.twitter.com/BTddkWubiQ
— James Rodríguez (@jamesdrodriguez) April 13, 2023
Featured Image: Olympiacos FC