United Kingdom (UK) dan Republik Ireland ketika menghantar bidaan akhir menyenaraikan 10 stadium untuk dijadikan venue pertandingan bagi EURO 2028.
Sebelum ini, sebanyak 14 stadium telah disenaraikan sebagai venue pertandingan yang turut merangkumi laman keramat Manchester United, Old Trafford.
Bagaimanapun, stadium itu tidak dimasukkan di dalam senarai akhir atas sebab-sebab yang tersendiri.
Menurut laporan media, Old Trafford tercicir daripada senarai akhir kerana Manchester United tidak dapat memastikan ketersediaan stadium yang turut dikenali sebagai Theatre of Dreams itu berikutan perancangan penambahbaikan yang bakal dilakukan.
Tiga lagi stadium yang tidak terpilih ialah London Stadium milik West Ham, Stadium of Light milik Sunderland dan Stadium Croke Park di Dublin.
Untuk makluman, UK bersama Ireland telah membida hak menjadi tuan rumah dengan 10 stadium yang menepati peraturan UEFA telah disenarai pendek untuk memastikan EURO 2028 berjalan dengan lancar.
10 stadium yang telah disenaraikan ialah:
- Stadium Wembley (England – London)
- Stadium Tottenham Hotspur (England – London)
- Stadium Etihad (England – Manchester)
- Stadium Everton (England – Liverpool)
- Stadium St. James Park (England – Newcastle)
- Stadium Villa Park (England – London)
- Stadium Hampden Park (Scotland – Glasgow)
- Stadium Principality (Wales – Cardiff)
- Stadium Casement Park (Ireland Utara – Belfast)
- Stadium Aviva (Ireland – Dublin)
Selain bidaan UK-Ireland, Turkiye merupakan negara yang turut membida hak menjadi tuan rumah EURO 2028 dan juga EURO 2032.
Featured Image: Manchester United