Artikel

Siri Antarabangsa Belanda: Kisona, Samuel Tersekat Di Pusingan 32

Tiada lagi wakil Malaysia yang beraksi dalam kejohanan Siri Antarabangsa Belanda 2023 selepas Samuel Lee dan Kisona Selvaduray tersekat di Pusingan 32.

Samuel yang berjaya melepasi tiga perlawanan peringkat kelayakan tumpas di Pusingan 32 di tangan pemain Bulgaria yang menghuni ranking ke-219 dunia, Dimitar Yanakiev.

Dalam perlawanan terbabit, Samuel tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 21-15 dan 7-21 dalam tempoh 46 minit permainan.

Sementara itu, Kisona yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan pula turut menerima nasib yang sama tumpas kepada pemain India yang berada di ranking ke-353 dunia, Tara Shah.

Pertarungan tersebut menyaksikan Kisona yang kini bergerak sebagai pemain bebas (independent) tumpas secara “straight set” dengan skor 21-23 dan 13-21 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.

Kedua-dua kekalahan ini sekaligus menutup penglibatan wakil Malaysia dalam kejohanan BWF bergred 3 ini.

Sebagai rekod, kejohanan yang sama pada tahun lalu menyaksikan dua perseorangan wanita negara, Myisha Mohd. Khairul dan Siti Nurshuhaini Azman mara ke perlawanan akhir sebelum bergelar juara dan naib juara masing-masing.

Fearured Image: Badminton Association of Malaysia

komen