Atlet olahraga yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Shereen Samson Vallabouy kini meletakkan dirinya selaku wanita terpantas dalam acara 400 meter (m) bagi peringkat kebangsaan.
Ianya hadir selepas atlet berusia 25 tahun ini berhasil menamatkan larian dalam tempoh 51.80 saat (s) dalam peringkat saringan di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC ke-63 di California, awal pagi Sabtu waktu Malaysia.
Bagaimanapun, catatan masa terbabit meletakkan Shereen di tempat kelima dalam perlumbaan terbabit.
Akan tetapi, catatan masa oleh atlet Winona State University itu sekaligus meleburkan rekod 52.56s yang berusia tiga dekad dipegang oleh Allahyarhamah Rabia Abdul Salam.
Untuk makluman, rekod kebangsaan tersebut dicipta Rabia pada tahun 1993 di Filipina.
Sebelum ini, Shereen telah mencipta sensasi apabil menempa rekod baharu kebangsaan bagi acara larian 400m dalam dewan dengan catatan masa 52.27s sekaligus meraih pingat emas di Kejohanan Trek & Balapan Dalam Dewan Divisyen II NCAA pada bulan lalu.
Sebagai tambahan, Shereen menjadi taruhan buat Kontinjen Malaysia untuk beraksi di temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja bagi acara 400m dan 4x400m.
Featured Image: Instagram Shereen Vallabouy