Malaysia Masters 2023: Harga Tiket Kekal, Penjualan Bermula 20 April
April 17, 2023 Hafizuddin Omar

Penjualan tiket bagi saingan Perodua Malaysia Masters 2023 yang merupakan sebuah kejohanan Jelajah Duwia BWF bertaraf Super 500 akan bermula jam 2 petang pada 20 April  di laman sesawang www.ticket2u.com.my.

Bukan itu sahaja, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza Zakaria semasa dalam sidang media kejohanan berkenaan turut memaklumkan harga tiket kejohanan pada edisi kali ini kekal seperti edisi lalu.

Sebagai rujukan, tiket kejohanan pada edisi lalu menawarkan lima kategori iaitu upper tier, lower tier, premium, vip dan super fan dengan harga pada hari kedua bermula RM20, RM35, RM60, RM70 dan RM140 masing-masing.

Sepertimana penganjuran pada edisi lalu, tiket “early bird” turut ditawarkan buat peminat-peminat badminton tanah air bermula 20 April hingga 4 Mei.

Untuk makluman semua, kejohanan Malaysia Masters ini akan membuka tirainya pada 23 Mei dan tamat pada 28 Mei kelak.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen