Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan negara benua amerika selatan, Argentina dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) yang baharu.
Perkembangan itu hadir menerusi satu makluman rasmi oleh Biro Ahli Majlis FIFA kira-kira tiga minggu selepas badan induk bola sepak dunia terbabit melucutkan Indonesia sebagai tuan rumah.
Pengumuman itu juga hadir selepas delegasi FIFA melakukan pemeriksaan tapak dengan berkunjung ke venue-venue pertandingan yang dicadangkan serta infrastruktur yang berkaitan pada minggu lalu.
Susulan pengumuman pengesahan negara tuan rumah ini, FIFA menetapkan Majlis Undian Rasmi akan berlangsung pada 21 April (Jumaat) bertempat di Home of FIFA di Zurich.
Seperti makluman FIFA sebelum ini, tarikh berlangsungnya Piala Dunia B-20 kali ini tidak mengalami sebarang perubahan iaitu bermula 20 Mei dan tamat pada 11 Jun.
The Bureau of the FIFA Council has confirmed Argentina as the host of the FIFA U-20 World Cup 2023™.
More⬇️https://t.co/9Ewk0b8cUL
— FIFA Media (@fifamedia) April 17, 2023
Featured Image: FIFA