Kurang seminggu sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia menyambut perayaan Aidilfitri, pelumba basikal trek kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mendapat ‘duit raya’ bernilai RM30,000 daripada Kerajaan Johor.
Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan sumbangan berkenaan kepada pelumba kelahiran Muar yang berusia 25 tahun selepas kejayaan meraih pingat perak dalam acara keirin di Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium 2023.
“Sebagai tanda pengiktirafan, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk memberi sumbangan RM30,000.00 kepada Shah Firdaus kerana terus mengharumkan nama Johor dan Malaysia di persada antarabangsa.”
“Semoga beliau meneruskan kayuhan cemerlang pada siri kejohanan akan datang, seterusnya berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia yang dijadualkan pada Ogos 2023.” ujar Onn menerusi platform media sosialnya.
Sebelum ini, Shah turut cemerlang meraih pingat perak dalam acara yang sama di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI Trek di Kaherah sekitar pertengahan Mac lalu.
Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada atlet berbasikal negara, Muhammad @shahfirdaus95 atas kejayaan meraih pingat perak dalam acara Keirin Lelaki di Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM), Ghent.
1/4 pic.twitter.com/EvbkA0bq6X
— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) April 17, 2023
Featured Image: Onn Hafiz Ghazi Facebook