Dua jaringan Mohamed Salah ketika turun menentang Leeds United pada awal pagi tadi telah meletakkannya sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Penyerang kelahiran Mesir berusia 30 tahun itu mencipta dua jaringan menerusi kaki kirinya pada minit ke-39 dan ke-64 yang membantu Liverpool merakamkan kemenangan besar 6-1 Leeds United.
Dua jaringan itu membolehkan Salah melepasi rekod 105 gol melalui kaki kiri yang dipegang oleh bekas pemain England, Robbie Fowler.
Ketika ini, Salah mengungguli carta Penjaring Kaki Kiri Terbanyak EPL dengan catatan 107 gol.
Untuk makluman semua, Salah telah menjaringkan 135 gol secara keseluruhan dalam saingan EPL.
Baki 28 gol lagi, 21 daripada dihasilkannya menerusi kaki kanan sementara tujuh lagi melalui kepala.
Sebagai tambahan, antara pemain lain yang turut menghuni kelompok lima Penjaring Kaki Kiri Terbanyak EPL ialah Robin van Persie (94 gol), Ryan Giggs (83 gol) dan Riyad Mahrez (65 gol).
The most left-footed goals in #PL history!
🪄 @MoSalah 🪄 pic.twitter.com/Cgu1mV9ZEf
— Premier League (@premierleague) April 17, 2023
Featured Image: Liverpool