Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia (PFAM) bagi edisi Februari-Mac 2023.
Menurut laman sosial PFAM, ini merupakan kemenangan kedua pemain berusia 21 tahun itu selepas pertama kali merangkul anugerah tersebut pada edisi Mac 2021.
Bekas pelatih Akademi Mohktar Dahari (AMD) itu berjaya menewaskan dua pemain tempatan, Faisal Halim (Selangor), Ramadhan Hamid (PDRM) dan dua pemain import, Park Tae-Su (Sabah) serta rakan sepasukannya, Fernando Forestieri.
Kemenangan itu juga menjadikan pemain itu sebagai pemenang pertama anugerah bulanan PFAM bagi musim ini.
Untuk makluman, Arif Aiman telah menjaringkan 4 gol dan mencatatkan 3 bantuan gol sepanjang bulan Februari hingga Mac yang menjadikan dirinya pemain tempatan paling konsisten memberikan sumbangan gol dalam Liga Super.
Ketika ini, penyerang JDT itu telah menjaringkan 5 gol dan menghasilkan 5 ‘assists’ serta membantu kelab itu mengekalkan rekod kemenangan 100% selain daripada bersama mencatatkan kadar jaringan melebihi 4.5 gol per perlawanan.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers