Harga tiket bagi dua perlawanan melibatkan skuad kebangsaan ketika rehat antarabangsa FIFA pada Jun kelak sama seperti bulan Mac lalu iaitu berharga RM30 untuk dewasa di tempat duduk terbuka.
Pada ketika itu, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon dijadualkan bakal berhadapan dengan Solomon Islands dan Yaman yang menghuni ranking ke-134 dan ke-157 dunia masing-masing.
Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin tampil berkongsikan perkara berkenaan kepada para pengamal media, semalam.
Pada masa yang sama, Hamidin turut mengesahkan kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang padangnya menggunakan rumput jenis Bermuda Princess 77 di Gong Badak, Terengganu.
Hamidin merangkap Ahli Majlis FIFA berkata pemilihan venue tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para peminat di pantai timur semenanjung tanah air khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk melihat dan menyokong Harimau Malaya dengan lebih dekat.
Featured Image: Terengganu FC