Artikel

Luqman Muncul Penyerang Pertama Negara Jaring Gol Dalam Kancah Bola Sepak Iceland

Luqman Hakim Shamsudin yang dipinjamkan ke pasukan Njardvik FC berhasil meletakkan dirinya sebagai penyerang pertama dari Malaysia yang menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif bagi saingan bola sepak Iceland.

Penyerang berusia 21 tahun yang dipinjamkan oleh kelab Belgium, KV Kortrijk mencipta sejarah berkenaan setelah masuk sebagai pemain gantian ketika menentang KFA dalam Pusingan 32 saingan Piala Bola Sepak Iceland.

Jaringan terbabit dihasilkan oleh anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada waktu kecederaan sekaligus membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas pasukan berkenaan sekaligus melangkah ke Pusingan 16.

Sebelum itu, pasukannya telah mendahului 3-1 hasil jaringan berganda Marc McAusland dan Oumar Diouck pada minit ke-60, ke-67 dan ke-88 masing-masing. 

Manakala KFA pula sempat mendapatkan satu gol menerusi Marteinn Mar Sverrisson pada minit ke-86.

Untuk makluman, ini merupakan penampilan kedua Luqman bersama Njardvik selepas membuat kemunculan pertama pada dalam saingan yang sama ketika menentang Augnablik sekitar dua minggu lalu.

Featured Image: Njardvik 

komen