Kejohanan Badminton Asia (BAC) merupakan salah satu kejohanan peringkat benua yang setaraf dengan kejohanan Jelajah Dunia BWF (Super 1000) dan menawarkan jumlah mata ranking tertinggi untuk diraih jagoan asia.
Menjelang kejohanan yang berlangsung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan bakal bermula hari ini, Sukanz hidangkan 10 perkara yang perlu anda ketahui mengenai kejohanan ini merangkumi informasi berkenaan kejohanan termasuk 14 wakil Malaysia yang bakal beraksi untuk tatapan anda:
#1 Taraf Kejohanan
BAC merupakan salah satu kejohanan peringkat benua yang bertaraf Tier 2 dalam Gred 2 di bawah seliaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan setaraf dengan kejohanan Jelajah Dunia BWF (Super 1000).
#2 Sejarah & Latar Belakang
BAC mula dipertandingkan pada tahun 1962 dengan Malaysia menjadi tuan rumah di Stadium Negara, Kuala Lumpur sebelum kejohanan ini dilangsungkan secara tahunan bermula tahun 1991.
#3 Jumlah Wakil Malaysia
Seramai 14 wakil negara yang beraksi pada BAC 2023 setelah gandingan Pearly Tan-M.Thinaah terpaksa menarik diri dengan Lee Zii Jia diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan bagi acara perseorangan lelaki manakala gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi pilihan kedua kejohanan bagi acara beregu lelaki.
#4 Hadiah Keseluruhan Kejohanan
BAC merupakan kejohanan yang tidak menawarkan hadiah keseluruhan buat para atlet tetapi tarikan mata ranking membuatkan pemain badminton terbaik Asia beraksi di BAC.
#5 Lokasi Kejohanan
BAC 2023 bakal berlangsung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Bin Hamdan dan pemilihan venue ini menjadikannya sebagai lokasi rasmi kejohanan bagi edisi kali ini sehingga tahun 2027 di Dubai.
#6 Kutipan Mata Ranking
Juara setiap kategori BAC akan meraih 12,000 mata manakala naib juara akan mendapat 10,200 mata secara individu bagi pengiraan ranking dunia.
#7 Rekod Kemenangan Malaysia
Sejak 1991, Malaysia telah muncul juara sebanyak 10 kali di kejohanan ini menerusi Rashid Sidek (1991 & 1992), Lee Chong Wei (2006 & 2016), Lee Zii Jia (2022), Jalani Sidek-Razif Sidek (1992), Soon Kit-Kim Hock (1995), Tan Fook-Wan Wah (2006 & 2007) dan Peng Soon-Liu Ying (2010).
#8 China Raja Kejohanan Badminton Asia
Wakil China paling banyak muncul juara di BAC sejak 1962 dengan rekod keseluruhan 75 wakil setakat ini – perseorangan lelaki (15), perseorangan wanita (21), beregu lelaki (5), beregu wanita (21) dan beregu campuran (13).