Burnley yang kini dikendalikan oleh bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany berjaya mengesahkan gelaran Liga Kejuaraan – saingan divisyen kedua bola sepak England.
Gelaran itu hadir setelah skuad berjulukan The Clarets melakar kemenangan 1-0 ke atas Blackburn Rovers hasil jaringan Manuel Benson pada babak kedua dalam perlawanan ke-44 Liga Kejuaraan, awal pagi tadi waktu Malaysia.
Vinny couldn't have dreamt of a better moment to clinch the Championship title 😍
— Burnley FC (@BurnleyOfficial) April 25, 2023
Kemenangan tersebut memberikan tiga mata yang membuatkan Burnley mengumpul 95 mata serta tidak dapat dipintas lagi oleh kelab-kelab lain biarpun tumpas dalam baki dua perlawanan terakhir liga kelak.
Selain mengesahkan kejuaraan, Burnley turut mengesahkan promosi ke saingan utama bola sepak England, Liga Perdana Inggeris pada awal April lalu.
Untuk makluman semua, ini merupakan gelaran juara dalam saingan kedua bola sepak England yang pertama buat Burnley selepas enam musim – kali terakhir memenanginya pada 2015-16.
Featured Image: Burnley FC