Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 menjadi pentas yang cukup mendukacitakan buat juara bertahan merangkap perseorangan lelaki No.1 serta No.2 tanah air iaitu Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong masing-masing.
Manakan tidaknya, kedua-dua pemain ini mengalami nasib yang sama terpaksa akur tumpas kepada lawan masing-masing yang merupakan pemain dari Hong Kong.
Tze Yong terlebih dahulu menjadi mangsa penyingkiran awal apabila tumpas kepada Lee Cheuk Yiu yang menghuni ranking ke-20 dunia.
Dalam pertarungan tersebut yang merupakan kedua kalinya melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa, Tze Yong tumpas secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-18 dalam tempoh 42 minit permainan.
RESULTS: #BadmintonAsiaChampionships2023
R32#HKG🇭🇰 Lee Cheuk Yiu def. #MAS🇲🇾 Ng Tze Yong 21-17 21-18
📷 @badmintonphoto
#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/gc8bT9KBl0— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2023
Kemudiannya, kejutan besar pula hadir apabila Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan tumpas kepada Ng Ka Long Angus.
Sepertimana Tze Yong, perseorangan lelaki No.1 Malaysia ini turut sama mengalami kekalahan secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-16 masa menghampiri 40 minit permainan.
Berdasarkan rekod, ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Zii Jia apabila berentap dengan Angus daripada empat pertemuan secara keseluruhan.
Untuk makluman, satu-satunya kemenangan yang pernah direkodkan Zii Jia ke atas Angus adalah pada pertemuan sulung mereka di Terbuka Jerman yang berlangsung sekitar empat tahun lalu.
Dengan tumpasnya Zii Jia dan Tze Yong, ini bermakna tiada lagi kelibat perseorangan lelaki Malaysia bermula Pusingan 16 dalam kancah BAC 2023.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia