Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mencipta sejarah mara julung kalinya ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) dalam karier mereka setelah melakar kemenangan ke atas juara Kejohanan Dunia BWF 2021, sebentar tadi.
Pertarungan sengit yang menemukan mereka dengan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi itu berkesudahan dengan Yew Sin-Ee Yi melakar kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 26-24 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.
RESULTS: #BadmintonAsiaChampionships2023
SF#MAS🇲🇾 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi(8) def. #JPN🇯🇵 Takuro Hoki-Yugo Kobayashi(4) 21-16 26-24
📷 @badmintonphoto
#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/29VUkASZwS— BAM (@BA_Malaysia) April 29, 2023
Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua daripada sembilan pertemuan Yew Sin-Ee Yi berjaya menumpaskan beregu dari negara matahari terbit ini sepanjang beraksi di pentas antarabangsa.
Dengan kemenangan ini, hanya selangkah sahaja lagi yang memisahkan Yew Sin-Ee Yi dengan gelaran ‘Raja Asia’ bagi kategori lelaki, pada edisi kali.
Yew Sin-Ee Yi yang kini menghuni ranking kelapan dunia akan menantikan cabaran samada daripada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty atau gandingan Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada hari esok.
Featured: Badminton Association of Malaysia