Beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi kempunan untuk bergelar juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 dan terpaksa berpuas hati muncul naib juara apabila tumpas dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.
Gandingan yang bergerak secara bebas (independent) itu tumpas perlawanan tersebut di tangan wakil India yang menghuni ranking keenam dunia, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-16, 17-21 dan 19-21 dalam tempoh masa lebih satu jam permainan.
RESULTS: #BadmintonAsiaChampionships2023
FINAL#IND🇮🇳 Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty(6) def. #MAS🇲🇾 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi(8) 16-21 21-17 21-19
OngTeo end their determined campaign with a runner-up finish in the final. Well done, keep going bros! #SudirmanCup2023 🔜 pic.twitter.com/0T1fjyWtR6
— BAM (@BA_Malaysia) April 30, 2023
Sebelum bermulanya perlawanan ini, rekod pertemuan lalu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi dan Satwiksairaj-Chirag terikat dengan tiga kemenangan masing-masing daripada enam pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.
Kekalahan pada hari ini menjadi Satwiksairaj-Chirag mendahului rekod pertemuan ke atas Yew Sin-Ee Yi dengan empat kemenangan daripada tujuh pertemuan secara keseluruhan.
Dukacitanya, kekalahan ini membuatkan Yew Sin-Ee Yi kemarau kejuaraan selama lebih tiga tahun terus berpanjangan.
Untuk makluman, kali terakhir Yew Sin-Ee Yi merangkul kejuaraan adalah dalam saingan Princess Sirivannavari Thailand Masters pada awal tahun 2020.
Pada masa yang sama, gelaran naib juara yang diraih Yew Sin-Ee Yi pada hari ini menjadikan mereka menyamai pencapaian beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang muncul naib juara BAC pada edisi tahun lalu.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia