Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran untuk mengutip 141 pingat secara keseluruhan dalam temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2023 Kemboja yang akan bermula 5 Mei kelak.
Daripada 141 jumlah pingat berkenaan, 40 disasarkan untuk mendapatkan kilauan emas manakala 37 daripadanya pula adalah pingat adalah perak. Sementara itu, baki 64 pingat lagi adalah gangsa.
Sasaran terbabit diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh pada Ahad lalu yang turut dikongsikan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
40 pingat emas, 37 pingat perak dan 64 pingat gangsa sasaran buat Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 Kemboja 2023. Sasaran ini telah diumumkan hari ini di Majlis Penyerahan Jalur Gemilang untuk Kontinjen Malaysia. #SEAGames32 #Cambodia2023 #OlympicMAS pic.twitter.com/0PS7HM0QAb
— Olympic Malaysia π²πΎπ₯ (@olympicmas) April 30, 2023
Bagi Sukan SEA kali ini, Kontinjen Malaysia diwakili seramai 677 orang atlet (402 orang lelaki & 275 orang wanita).
Daripada jumlah 677 orang atlet tersebut, seramai 387 orang (57%) adalah atlet berusia bawah 23 tahun (B-23), manakala 440 orang pula (65%) adalah atlet yang bakal membuat penampilan sulung di pentas Sukan SEA.Β
Untuk makluman semua, Kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam 33 daripada 36 jenis sukan yang dipertandingkan serta 340 daripada 582 acara.
Sebagai perbandingan, Sukan SEA edisi lalu yang berlangsung di Hanoi, Vietnam menyaksikan Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran 146 pingat secara keseluruhan dengan perincian 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa.
Kontinjen Malaysia berhasil melepasi sasaran tersebut dengan mengutip 174 pingat dengan pecahan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia