Azeem Atasi Juara Remaja Dunia, Catat Masa Terpantas Sejak Di AS – 10.14s
Meor Mohamad Amirul
Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berhasil mengatasi juara Kejohanan Remaja Dunia 2015, Abdul Hakim Sani Brown yang berada di tempat ketujuh dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan East Coast Relays di Florida.
Menurut laman sesawang kejohanan, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan larian di tempat keenam dengan catatan masa 10.14 saat (s) di University of North Florida.
Catatan masa itu sekaligus mengatasi rekod perlumbaan pertamanya di Amerika Syarikat ketika muncul juara Kejohanan Florida State University (FSU) Relays dengan rekod 10.32s, Mac lalu.
Untuk makluman, rekod peribadi terbaik yang pernah dicatatkan Azeem bagi acara 100 meter adalah 10.09s di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia.
Rekod tersebut juga meletakkan anak kelahiran Perak itu sebagai pemegang rekod kebangsaan bagi acara tersebut selepas mengatasi rekod Khairul hafiz Jantan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.
Untuk pengetahuan semua, Pelari berusia 19 tahun itu berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bagi menyambung pelajaran di Universiti Auburn, Alabama turut memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter dalam dewan milik Watson Nyambek.
Catatan masa 6.66s di Jepun milik pelari legenda itu dipecahkan dengan rekod 6.62s yang dicatatkan Azeem dalam Kejohanan Jemputan Tiger Paw, Februari lalu.
Featured Image: Auburn Track & Field (Instagram)